Agent login
Packages

PAKEJ 1 HARI ULANG-ALIK PULAU SIPADAN
Book now »
Prices & details »

Diver price: 1040 RM / Non-Diver price: 805 RM

***Harga sewa peralatan Snorkeling @ RM30/set dan Harga sewa Selam Scuba @ RM80/set***

***Harga untuk Penyelam Bawah Umur adalah sama dengan Penyelam Dewasa ***

JADUAL SEMULA PERJALANAN:
Sipadan Scuba/NBDSS berhak untuk menjadualkan semula perjalanan anda jika terdapat Sekatan dari Pihak Berkuasa iaitu Kerajaan Tempatan demi untuk memutuskan Rantaian Covid-19.

HARGA TERMASUK:
*Bot dari Semporna/Sipadan/Semporna
*Pemandu Selam [Penyelam] & Pemandu Snorkeling [Bukan Penyelam]
*Makan tengah hari dalam bentuk pack lunch & air minuman
*Sipadan [2 selaman] & Kapalai atau Mabul [1 selaman] @ Max. 3 kali selaman/hari
*Pemberat [Weights],Tali Pinggang Pemberat [Weight-Belt] & 3 Tangki Selam [Penyelam sahaja]


SILA KAJI DI BAWAH SEBELUM MEMBUAT SEBARANG TEMPAHAN:
******************************************** ********************************************* ****************

HARGA PENGINAPAN TIDAK TERMASUK DALAM HARGA DI ATAS:
Bilik Hotel boleh dipilih daripada Bilik Twin [2 Orang] > Triple [3 Orang] semasa membuat tempahan online dan boleh rujuk pada gambar-gambar bilik di HOLIDAY DIVE INN sebelum melengkapkan sebarang tempahan. [Setiap tempahan adalah untuk 3 orang sahaja. Sila tempah secara berasingan jika anda berkumpulan lebih daripada 3]

POLISI MENYELAM DI PULAU SIPADAN:
Seperti yang diumumkan oleh pihak berkuasa peraturan berikut dikenakan semasa menyelam di Pulau Sipadan:
1: Tidak dibenarkan memakai sarung tangan semasa menyelam.
2: Anda mestilah seorang penyelam yang ada sijil Advanced Open Water [AOWD].

Walau bagaimanapun, anda dialu-alukan untuk meningkatkan tahap Selam/Sijil anda ke peringkat Advanced Open Water Diver [AOWD] Jika anda masih dalam tahap Pemegang Open Water Diver atau setelah anda menamatkan Kursus PADI Open Water Diver [OWD] anda.

UNTUK KETENANGAN MINDA:
1: Kami menasihatkan anda untuk membeli Insuran Perjalanan yang meliputi sesuatu Pengembaraan Aktiviti terutamanya untuk Selam Skuba dan Sukan Air dari mana-mana syarikat Insuran di Malaysia sebelum tarikh penerbangan anda.
2: Tiada BAYARAN TUNAI kepada Pihak Ketiga/Ejen-Ejen Kami jika ditempah melalui laman web kami. Sila bayar melalui Kad Kredit [VISA/MASTER] untuk mengelakkan sebarang kaedah penipuan

DOKUMEN-DOKUMEN PENDAFTARAN YANG ANDA KENA SEDIA UNTUK KAMI:
Sila sediakan salinan Resit Tempahan anda, Polisi Insurans Aktiviti, IC/Pasport & Sijil Keputusan Ujian SWAB untuk setiap Individu dan tunjukkan dokumen tersebut kepada kakitangan kami sebelum bermulanya activiti untuk pakej yang ditempahkan.

JADUAL SEMULA TEMPAHAN DAN TEMPAHAN DIBUAT SEBELUM 18.03.2020:
Sekiranya anda mempunyai tempahan yang Tidak Boleh dibatalkan, anda boleh menjadualkan semula tempahan perjalanan anda sehingga 31.01.2022 tanpa sebarang caj. Pada tempahan yang dibuat melalui Ejen Pelancongan kami iaitu Pihak Ketiga, sila hubungi ejen kami berkenaan polisi pengubahsuaian dan penjadualan semula mereka. Kegagalan muncul tanpa membuat pengubahsuaian resmi akan dianggap sebagai Tidak Hadir [Tawaran Terbatal]

COVID-19 & PROSEDUR OPERASI BERSTANDARD:
Kami mengambil berat dari segi kebersihan & keselamatan pelanggan-pelanggan kami. Keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami semasa mereka berada dalam premis kami. Setiap hari, pasukan kami berusaha untuk memastikan mereka memenuhi panduan terkini tentang peraturan kebersihan & SOP.

PENGUMUMAN:
a).Harga Tertakluk Pada Perubahan Tanpa Notis.
b).Harga untuk Penyelam Bawah Umur adalah sama dengan Penyelam Dewasa
c).Fi Jeti & Bot,Fi Konservasi & Fi Selam Sipadan untuk Taman-Taman Sabah TIDAK TERMASUK dalam harga tersebut.
d).Waktu bertolak dari Semporna ialah dari jam 8.00 pagi. Sila bersedia di Divecentre kami pada ~7.30 pagi.
e).Sila tunjukkan bukti Sijil Kelahiran [Umur: 1-11], Kad Pengenalan atau Pasport semasa membuat pendaftaran dengan kami.

DESTINASI KAPAL TERBANG & AIRPORT :
Cari Airport yang berdekatan di negeri anda untuk menempah penerbangan ke Airport Tawau

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DARI AIRPORT TAWAU > SEMPORNA:
KETIBAAN:
Tawau Airport > Semporna @ RM180/booking/trip [Maksima 6 orang]
PELEPASAN:
Semporna > Tawau Airport @ RM180/booking/trip [Maksima 6 orang]

LOKASI KAMI DI SEMPORNA:
Sila cetak MAP ini untuk mencari kami di Semporna.
LANDMARK:
Kedai Selam Sipadan Scuba adalah terletak di belakang bangunan Holiday Dive Inn sahaja.

HOTEL KAMI DI SEMPORNA:
Jika anda belum menempah apa-apa penginapan di Semporna, anda boleh buat tempahan di HOLIDAY DIVE INN dimana hotel tersebut terletak dilokasi kegemaran ramai iaitu bersebelahan Kedai Selam Sipadan Scuba kami dan jua faciliti-faciliti seperti Jeti Umum, Restoran Seafood, Guardian, Watson, Supermarket-Supermaket dll.

TIDAK DIGALAKKAN NAIK KAPAL TERBANG SELEPAS MENYELAM:
Peringatan tentang garis panduan "No Flying After Diving" Tidak Boleh Terbang Selepas Menyelam.
Kami mengingatkan MINIMA 18 JAM selepas selaman terakhir sebelum membuat sesuatu penerbangan.

Anda boleh terbang pada hari berikutnya selepas:
08:00 pagi keesokan harinya jika anda melakukan 2 kali selaman pada hari selaman aktiviti terakhir.
10:00 pagi keesokan harinya jika anda melakukan 3 kali selaman pada hari selaman aktiviti terakhir.


PAKEJ A: BOHEYDULANG, MANTABUAN & SIBUAN ISLAND [3 Pulau/Hari]
Book now »
Prices & details »